Saturday, March 28, 2020

Bab 2 : Ospek

“Esok ada OSPEK dan semua orang WAJIB pergi!”

Ada senior dari Malaysia yang datang ke hostel kami untuk tolong berikan sedikit gambaran tentang OSPEK yang hanya esok hari. OSPEK adalah pendek dari ‘orientasi studi dan pengenalan kampus’. Kalau setakat dengar orientasi, tak ada masalah. Tapi bila dengar barang yang kena bawa dan uniform yang kena pakai, terus sakit kepala.

Uniform: baju putih, skirt hitam, selur hitam di bawah skirt, kasut hitam, blazer dibuat dari guni beras, topi panjang dibuat dari kotak, tanda nama berukuran 32 x 67cm dibuat dari kotak, jam dibuat dari jengkol
Beg: dibuat dengan menggunakan t-shirt putih, dan tali
Barang-barang yang perlu dibawa: satu buah bola berduri, satu buah bola berambut, satu fresh tumor, bantal berpasir, kencing berdarah, satu mak mertua katak, satu anak menantu katak, 3 kuih

“Ha? Biar betul ni?”, terbeliak mata kami yang junior ni. Senior yang datang tu dah tahun ketiga di universiti kami, Abang Din namanya. Abang Din ketawa terbahak-bahak tengok muka kami semua yang jelas terperanjat. “Tu macam teka-teki, kau orang kena fikir apa yang dia maksudkan”, jelas Abang Din sambil mengesat air mata akibat ketawa yang berlebihan.

Petang tu kami naik angkot ke pasaraya besar, untuk cari bahan bahan yang diperlukan untuk ospek. Abang Din sediakan bahan bahan yang lain seperti guni (untuk buat blazer), kotak (untuk buat topi dan tanda nama), durian (bola berduri), dan rambutan (bola berambut). Bahan lain kami beli sendiri macam air sirap (kencing berdarah), sarung bantal isi dengan pasir, dan biskut 3 keping. 

Malam tu mula la operasi buat blazer, topi dan tanda nama. “Besar gila kot name tag ni! Biar betul! Salah ukuran kot?”. Tengok balik dalam senarai yang disediakan, memang betul ukuran yang diberi tu. Memandangkan semua pun buat ukuran yang sama, aku pun ikut sajalah.

Pagi-pagi pula kami berkeliaran di keliling hostel, cari katak. Seorang kena ada 2 ekor katak, seekor besar, seekor kecil. Fikir pasal katak saja dah geli bulu tengkuk, apatah lagi nak pegang. Nasib baik ada katak lebih yang dikumpul oleh kawan-kawan lelaki, tinggal nak simpan masuk dalam botol air saja.

Sepatutnya kami harus ke kampus pada jam 4 pagi, tapi pasal sibuk cari katak la apa, dekat jam 6 pagi baru kami sampai. Itu pun naik beca sampai 5 orang, sampai senget beca tu dibuatnya, rasa macam nak jatuh dari beca pun ada. Laju betul bapak beca tu bawa! Tak kisah la bapak, asalkan sampai!

Sampai-sampai kampus saja, sudah nampak kelibat badan badan berbaju hitam putih ada yang tengah berguling-guling di atas jalan, ada yang tengah berlari-lari dalam bulatan, ada yang berjalan itik. Alamak! Baru ingat nak panggil balik bapak beca tu untuk pusing balik, tapi kelibat kami berlima memang mengambil perhatian ramai, siapa suruh lambat. Turun dari beca saja dah kena jerit, “MENJALAR SEPERTI TEMAN KALIAN!”

Dalam kekalutan, dengan pakai skirt, katak, durian dan segala macam di tangan, automatik semua menjalar atas jalan. Kelakar rasanya, tapi ketawa dalam hati saja la. “Apa la aku buat ni”.

Lepas tu kami kena lari-lari beberapa pusingan, hukuman pasal lambat. Dah habis hukuman lambat, baru kami dibawa untuk menyertai kawan-kawan yang lain. Penderaan pun diteruskan. Dalam orang yang ramai tu, aku tak rasa aku akan jadi tumpuan. Selalunya orang yang cantik, atau menyerlah yang selalu jadi tumpuan. Yang penting aku kena ikut arahan, dan jangan pandang muka senior-senior itu.

Kami harus memanggil senior senior itu Dewa dan Dewi. Dan awal-awal lagi kami diajar tentang posisi.

Posisi 1 – berdiri tegak
Posisi minus 1 – baring
Posisi null – baring meniarap
Salam hormat senior – tangan kanan angkat, buat cam ular, bunyik hiss, dan bila senior ckp BOOM, kami harus melutut and cakap “BOOM mampus aku”. Ahh. Selalunya senior tersebut akan menyahut, “Iyaa, mampus kalian semua”. 

Ada juga lagu-lagu yang diajarkan.

‘Jahilin kami’

Cama cami
Cama cami
Masuk FK USU

Dewa Dewi
Dewa Dewi
Datang menyambut

Dewa Dewi
Jahilin kami
Ciki ciki bum
Ciki ciki bum
Ciki ciki bum

Panas dingin
Bukan masalah
Bentak usir
Sangat ku suka

Tambah lagi donk~!

‘Bebek entok’

Ada bebek bebek entok
Ada entok entok bebek
Bebek mengentok ngentok
Entok membebek entok
Entok bebek entok entok-an

‘Pasukan FK’

Minggir boom
Minggir boom
Minggir boom

Pasukan FK mau lewat
Siapa berani menghalang jalan kami
Nanti kami suntik mati

Aku pun tak ingat semua yang terjadi. Seharian kot kami di’ospek’. Tapi ada beberapa situasi yang aku ingat.

1. Berjemur di tempat panas dalam posisi minus 1 macam disalai. Kalau ada yang tersesat di tempat teduh, kena gerak pergi ke tempat panas.

2. Berguling-guling dan menjalar atas jalan.

3. Makan cacing. Euw.

Kami berada dalam posisi minus 1, tengah mengadap matahari, dan disuruh kami tutup mata. Tiba-tiba dengar suara-suara sebut “Cacing.. cacing..” dan ada suara lain yang menjerit-jerit. Aku dan boleh agak apa yang disuruh buat, sambil berdoa janganlah datang ke aku. 

Sampai satu tahap, sampai juga suara itu ke sebelah aku.  

Senior: Kamu suka cacing? 
Aku: *geleng* 
Senior: Kamu mau makan cacing? 
Aku: *geleng* 
Senior: Kalau kami suruh makan juga gimana? 
Aku: *senyap* 
Senior: Buka mulut kamu 
Aku: *tak bergerak* 
Senior: BUKAAAA! 
Aku: *buka mulut* 
Senior: *letakkan sesuatu yang panjang, berlendir di mulutku sambil membuat bunyi eeeEeeEeuw, eeeuuwwwW* 
Aku: *tak bergerak, pasrah* 
Senior: Makan 
Aku: *tak bergerak* 
Senior: MAKANNNNNNN!!! 
Aku: *pasrah lagi, dan gigit, uhh..* 
Senior: eeeeeeee 
Aku: *kunyah selamba*  

Dalam kepasrahan itu, terasa pelik juga. Kenapa cacing dia rasa macam pernah rasa saja? Buka satu mata, intai sikit cacing dia. Mee kuning la. Ciss.  

4. I love you, Encik Katak. 

Malam sebelum tu aku tak puas tidur, asyik fikirkan macam mana nak pegang katak, sedangkan usik sedikit kulit katak pun dah menggeledik satu badan kegelian. Bila sampai masa untuk menggunakan katak, terus berdebar rasa jantung.   

Tapi nasib baik, bukan aku yang kena pegang katak, aku cuma kena cium katak! Ada seorang budak lelaki yang kena pegang katak, tunjuk muka katak kepadaku, dan aku cium. Lepas dah cium, kena jilat bibir sendiri. Enak koq!   

5. Biuskan orang dengan kasut 

Kejam sungguh. Tak tergamak rasanya nak kasi orang bau kasut sendiri, tapi haruslah sanggup. Yang lelaki kena baring, yang perempuan buka kasut dan telangkupkan ke muka si lelaki yang malang. Harus menutupi mulut dan hidung. Sedap sangat aroma kasut kami kan. Maaf! 

Waktu aku nak telangkupkan kasut tu, macam serba salah rasanya. Tapi budak lelaki yang kena bau kasut aku tu pula yang santai, “Tak apa, kasut baru kan? Tak busuk pun. Letak saja”. Agaknya dia pun tak mahu jadi tumpuan kalau tak ada kasut di mukanya.     

6. Lap tangan yang penuh dengan sambal di baju kawan.  

Dah la semua orang pun pakai baju putih. Balik dari ospek semua pun pakai baju putih bercorakkan sambal. 

7. Muka kena conteng sebelum diambil gambar.  

Sampai sekarang aku ada lagi sijil lulus OSPEK. Dan gambar yang letak adalah gambar muka penuh dengan contengan, sambil pakai tanda nama yang besar, macam pesalah.  

Waktu tengah kena ospek, memanglah dalam hati rasa marah. Tapi bila ingat balik, bila tengok gambar dekat sijil yang dibagi, rasa terhibur dengan kenangan tersebut. Lepas dah habis ospek, senior-senior tersebut layan kami baik saja. Sebenarnya cara ospek sebegini adalah biasa di Indonesia. Aku secara personal rasa tiada masalah, asalkan tidak melibatkan unsur keganasan dan membahayakan nyawa. Tapi mungkin lebih baik kalau diterapkan unsur mengajar daripada membuli dan seronok semata-mata.


Bab 1 : Lepas SPM


Kenalkan nama aku Aimi. Aku sebenarnya sangat bertuah kerana lahir dalam keluarga yang berfikiran terbuka, melihat sesuatu lain dari yang lain. Dan bukan sekadar itu, tetapi keluarga yang menyediakan persekitaran yang sangat mendukung.

Singkat cerita, aku antara pelajar yang dikenali di sekolah. Bukanlah rajin sangat, tapi lebih kepada nasib baik. Waktu di sekolah dulu selalu juga kena fikir macam mana nak buat santai supaya cikgu tak nampak yang aku datang lambat sebenarnya. Nama saja pengawas, tapi selalu juga datang lambat. Kalau bab kerja sekolah pula, tak tahu kenapa teringat tentang kerja sekolah hanya pada hari kena hantar. Tepuk dahi sambil senyum kerang saja lah bila cikgu mula minta kumpul, pasrah terima hukuman yang akan diterima. Tapi nasib menyebelahiku. Pada peperiksaan SPM, alhamdulillah berkat doa orang tua, dan guru-guru, aku berjaya memperoleh keputusan yang agak cemerlang.

Setelah itu aku masuk ke Kolej Matrikulasi Melaka. Di sana memang susahnya nak belajar. Hujung hujungnya keputusanku cukup cukup makan saja, memang kalau nak minta perubatan di Malaysia memang orang gelak sahaja. Keputusan UPU pun keluar, berdebar debar rasanya sambil buka sampul.

Sampai sekarang kalau sebut sahaja pasal keputusan tersebut memang akan jadi bahan semua orang. Aku ditawarkan sarjana muda dalam bahagian yang tak pernah ku tahu apa. Encik Google tunjuk pasal satelit. Satelit? Serabut otak. Sangat bukan diriku. Itu lah siapa suruh belajar main-main. “Kalau kita bagus, kita yang pilih tempat kita. Kalau tak bagus, tempat yang pilih kita”, kata-kata Baba terngiang-ngiang di kepala. Menyesal kemudian tiada gunanya. Dah mula pasrah untuk ambil jurusan tersebut, sambil bayangkan diri jadi angkasawan.

“Oh anak bertuah!” Mama kalau termelatah, atau terperanjat, itulah perkataan yang keluar dari mulutnya. Jadi mungkin itu menjadi doa juga buat si anak Mama yang bongsu ni, aku lah tu. Berkat usaha Mama dan Baba, aku berjaya mendapat tawaran dalam bidang perubatan di universiti di Medan, Indonesia. Lama juga aku termangu membaca surat tawaran itu. Belajar perubatan di Indonesia? Jauhnya! Selama ni memang duduk bawah ketiak Mama saja di kampung.

“Ala Mama, nanti Aimi rindu kat Mama macam mana?”, kataku sambil peluk Mama kuat-kuat, konon-konon nak serap kepandaian dan kerajinan mama bawa pergi Medan. “Alahai, Medan tu dekat saja. Kalau rindu sangat, berenang la”, kata Mama sambil ketawa. Terus pelukan erat tadi aku lepaskan, “Haaaa?”.

Muncung juga mulutku. Ingatkan Mama cakap nanti Mama akan datang melawat di sana. Tetapi aku sedar Mama cuma bergurau, dan akhirnya aku ikut ketawa.

Bab 2 : Ospek

“Esok ada OSPEK dan semua orang WAJIB pergi!” Ada senior dari Malaysia yang datang ke hostel kami untuk tolong berikan sedikit gambaran...